Site icon TechNave BM

Apple mungkin gantikan iPhone 15 Pro Max dengan model Ultra pada tahun 2023

Walaupun Apple baru saja melancarkan siri iPhone 14, sudah terdapat laporan baharu mengenai iPhone generasi akan datang. Menurut Ming-Chi Kuo, siri iPhone 15 mungkin hadir dengan varian ‘Ultra’ yang akan menjadi iPhone berprestasi tinggi dalam barisan tersebut.

Apple mungkin menjenamakan semula ia sebagai iPhone 15 Ultra dan bukannya iPhone 15 Pro Max. Menurut sumber, Apple ingin membezakan dengan lebih jelas antara iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Varian Pro Max atau Ultra dijangka memberikan ciri eksklusif dengan komponen yang lebih baik pada tahun 2023 dan bukanlah sekadar versi iPhone 15 Pro yang lebih besar.

Seperti yang diketahui ramai, kebanyakan syarikat telefon Android telah melakukan perkara ini sejak sekian lama. Samsung mempunyai Galaxy S22 Ultra manakala Xiaomi mempunyai 12S Ultra dan sebagainya. 

Nampkanya, Apple turut mengambil langkah yang sama pada masa hadapan. Selain melancarkan siri iPhone 14, Apple juga telah memperkenalkan Apple Watch Ultra sebagai jam tangan pintar untuk aktiviti lasak. Ini menandakan pelan permulaan untuk mempelbagaikan barisan produknya dengan menambah model yang berprestasi tinggi.

Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version