More

    Apple Watch Ultra dilancar: Skrin 49mm, 36 jam hayat bateri dan tahan lasak berharga RM3,799

    Selain itu, terdapat juga Apple Watch Ultra yang kaya dengan ciri baharu untuk atlet dan penjelajah. Ia hadir dengan Digital Crown yang tahan lasak berukuran 49mm, paparan kristal nilam rata, butang Tindakan (Action) tambahan yang boleh diprogramkan dan beberapa ciri lain.

    Apple Watch Ultra merupakan jam tangan pintar paling terang pada 2,000 nits, dua kali lebih cerah daripada model sebelumnya. Ia menampilkan 36 jam hayat bateri dan mampu bertahan sehingga 60 jam dengan mod berkuasa rendah baharu yang akan hadir lewat musim luruh ini.

    Apple turut mengatakan Apple Watch Ultra mempunyai hayat bateri yang mencukupi untuk kebanyakan pengguna dalam melengkapkan triatlon panjang yang terdiri daripada berenang 2.4 batu, menunggang basikal 112 batu dan maraton penuh sehingga 26.2 batu.

    Butang Action baharu berwarna oren boleh disesuaikan untuk akses segera kepada latihan, titik jalan kompas, laluan belakang dan banyak lagi. Sebagai contoh, ia boleh memulakan senaman serta-merta dan mengalihkan pengguna ke latihan sukan seterusnya. Ia juga boleh digunakan untuk menandakan segmen, melengkapkan pengalaman larian trek baharu dengan anggaran rentak dan jarak muktamad untuk pelari di trek.

    Apple Watch Ultra juga menampilkan tiga mikrofon binaan dalam untuk meningkatkan kualiti bunyi dalam panggilan suara dan mempunyai ciri pengurangan bunyi latar. Spesifikais lain termasuk Mod Gelap baharu, muka jam Wayfinder dengan kompas binaan dalam, ruang untuk sehingga lapan komplikasi dan GPS dwi-frekuensi baharu dengan algoritma kedudukan tersuai untuk menerima isyarat GPS di lokasi yang sukar dikesan.

    Apple Watch Ultra juga dilengkapi dengan ciri Siri 8 baharu termasuk penderia suhu badan, pengesanan kitaran lanjutan, perayauan antarabangsa pada model selular dan pengesanan kemalangan kereta.

    Ia menggunakan WatchOS 9 terkini yang boleh mengukur panjang langkah, masa sentuhan tanah, ayunan menegak, kuasa larian dan beberapa latihan baharu di mana jam tangan boleh menunjukkan sehingga enam metrik sekaligus.

    Apple menawarkan jenis tali yang berbeza seperti Alpine Loop, Ocean Band dan Trail Thin yang sangat nipis. Apple Watch Ultra berharga RM3,799. Pra-tempah telah pun bermula dan peranti akan mula dijual pada 23 September 2022.

    "
    "

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang peranti boleh pakai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...