Site icon TechNave BM

Apple mungkin lancarkan barisan iPad baharu minggu ini dengan beberapa peningkatan

Apple sedang bersedia untuk mengumumkan kemas kini untuk barisan iPad baharunya termasuk iPad Air, iPad mini dan iPad model standard. Peranti kali ini dijangka menampilkan cip Apple Silicon generasi baru tetapi tiada perubahan reka bentuk yang ketara.

iPad Air berkemungkinan dinaik taraf daripada cip M1 kepada cip M2 manakala iPad mini baharu akan menggunakan cip A16 Bionic, menangani isu menatal ‘jelly yang dilihat pada generasi semasa. Model standard sudah pasti akan menerima peningkatan di mana ia mungkin menampilkan cip seperti A16.

Barisan iPad Pro dijangka tiada perubahan tetapi model generasi akan datang mungkin hadir pada akhir tahun depan sambil membawa paparan OLED buat kali pertama. Pelancaran ini dijangka akan diumumkan melalui siaran akhbar dan walaupun ia tidak membawa perubahan spesifikasi dan reka bentuk yang ketara.

Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5mac

Exit mobile version