More

    Bahagian dalam iPad mini terbaru didedah, iFixit jelaskan kesan ‘jelly scroll’

    “Jelly scroll” merupakan perkara yang pernah dibincangkan sebelum ini. Ia berkaitan dengan orientasi skrin dan arah yang ditatal oleh pengguna. Apabila pengguna menatal dalam arah tegak lurus (perpendicular) daripada arah imbasan skrin, imejnya mungkin nampak tidak sekata. Perkara ini nampak lebih jelas jika pengguna menatal skrin iPad mini dalam posisi menegak.

    iFixit berspekulasi bahawa Apple mungkin menggunakan panel paparan yang lebih murah kerana imbasan penyegarannya nampak lebih jelas dan ketara daripada yang mereka harapkan. Seperti dalam video Youtube di bawah, hos video telah memotong pelekat yang menahan paparan di bahagian dalam iPad mini, kemudian paparan tersebut terpadam setelah dua penyambung (connector) dipisahkan.

    Hos video turut menyatakan iPad mini baru kini mempunyai penyambung bateri yang baru dan lebih mudah diakses. Dia mendapati Apple masih menggunakan pelekat yang perlu dilarutkan dengan alkohol isopropil.

    Pembesar suara telah dikeluarkan, namun berkemungkinan besar pembesar suara tidak akan berfungsi lagi jika ia dipisahkan dari pelekat magnetnya. Setelah papan logik A15 dan ruang kosong perkakasan 5G dibongkar, port USB-C pada iPad mini baru didapati bersifat modular dan lebih mudah untuk diperbaiki.

    Komen di Facebook kami dan tunggu berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...