Site icon TechNave BM

Apple sedang bangunkan komputer riba dengan skrin boleh lipat

Setakat ini ASUS telah menjadi perintis sebenar komputer riba skrin lipat dengan barisan Zenbook Fold tetapi ia didakwa akan mendapat persaingan yang sengit pada masa hadapan. Menurut laporan dari Korea, Apple sedang mengusahakan komputer riba skrin boleh lipat.

Apple nampaknya sedang berbincang dengan pembekal untuk melancarkan MacBook dengan skrin lipat. Ia akan dikeluarkan pada 2026 selepas pelancaran pada 2025. Pembuat paparan Korea seperti Samsung Display dan LG Display telah melabur banyak dalam panel OLED untuk komputer riba baru-baru ini.

Kedua-dua syarikat kini menyelaraskan rancangan pembangunan dan pengeluaran untuk panel OLED boleh lipat untuk komputer riba apabila pasaran baru untuk mereka berkembang. Tempahan daripada Apple pasti akan membuat kesan besar dalam pasaran yang masih kecil ini.

Menurut sumber, saiz paparan yang lebih besar pasti lebih menguntungkan bagi pembuat panel walaupun lebih sukar untuk mencapai ketumpatan piksel apabila semakin besar saiznya. Namun, paparan boleh lipat untuk komputer riba lebih menguntungkan daripada paparan boleh lipat untuk telefon pintar.

Jadi, ini jelas akan menjadi peluang besar bagi pembuat paparan untuk membuat sedikit keuntungan dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Business Korea

Exit mobile version