fbpx
More

    ASUS ‘Incredible Unfolds’ di CES 2022: Lancarkan komputer riba dengan prestasi dan ketahanan premium

    ASUS telah mengumumkan produk baharu dengan prestasi dan keupayaan terbaik pada acara pelancaran ‘Incredible Unfolds’ di CES 2022 iaitu Zenbook 17 Fold OLED, Zenbook 14X OLED Space Edition, Zenbook 14 OLED, ASUS Chromebook Flip CX5 dan lain-lain.

    Zenbook 17 Fold OLED

    ASUS telah bekerjasama dengan Intel dan BOE Technology Group untuk mengeluarkan komputer riba dengan skrin boleh lipat iaitu Zenbook 17 Fold OLED. Ia menawarkan dua paparan OLED dalam satu peranti skrin sentuh dengan nisbah 4:3 17.3 inci 2.5K yang dilipat di tengah untuk menghasilkan dua paparan bernisbah 3:2 12.5 inci 1920 x 1280. 

    Komputer riba ini mempunyai papan kekunci dan pad sentuh ASUS ErgoSense Bluetooth serta kepelbagaian mod untuk PC, komputer riba, tablet, papan kekunci pada skrin dan turut mempunyai PANTONE dan diperakui oleh TÜV Rheinland untuk penjagaan mata, mempunyai gamut DCI-P3 100%, Dolby Vision HDR untuk kualiti gambar ultravivid bersama Dolby Atmos 1 yang diperakui oleh Harman Kardon.

    Kamera IR HD berfungsi bersama-sama dengan Windows Hello dan cip Intel Visual Sensing Controller untuk membolehkan beberapa ciri AI baharu seperti pengesanan kehadiran pengguna, sensor warna bersepadu untuk pelarasan automatik kecerahan skrin dan suhu warna serta kamera web 5MP dengan teknologi ASUS 3D Noise Reduction.

    Ia menggunakan cipset Intel Core i7 U-Series Generasi ke-12, grafik Intel Iris Xe dan dua port USB-C Thunderbolt 4 yang menyokong pengecasan pantas bateri 75Wh dan sambungan ke paparan luaran. Zenbook 17 Fold OLED akan mula dijual pada pertengahan tahun 2022.

    Zenbook 14X OLED Space Edition

    Zenbook 14X OLED Space Edition dibina untuk memperingati ulang tahun ke-25 misi 600 hari komputer riba ASUS P6300 di angkasa dan mewakili jenama ASUS ‘In Search of Incredible’. Bertemakan angkasa dalam warna Titanium Zero-G, Zenbook 14X OLED Space Edition adalah ZenVision futuristik membawa paparan OLED 3.5 inci yang dipasang pada bahagian badannya yang boleh menunjukkan mesej dan animasi pilihan anda.

    Ia mematuhi protokol ujian Space System Command Standard Amerika Syarikat SMC-S-016A  yang mampu menahan suhu -24° C hingga 61° C apabila beroperasi dan getaran 20Hz – 2000Hz. Komputer riba ini dikuasakan oleh cipset Intel Core i9 H-Series Generasi ke-12, grafik Intel Iris Xe, RAM 32 GB, SSD PCIe 4.0 x4 dan Intel WiFi 6E. Skrin sentuh OLED HDR PANTONE memberi nisbah 16:10 2.8K 90 Hz yang diperakui oleh DisplayHDR True Black 500 ultra-realistik dengan gamut 100% DCI-P3 dan penjagaan mata yang diperakui TÜV Rheinland.

    Zenbook 14 OLED

    Komputer riba 14-inci ini nipis dan ringan dengan reka bentuk yang elegan dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Aqua Celadon dan Ponder Blue. Ia menggabungkan visual paparan 16:10 2.8K 90 Hz OLED NanoEdge 550-nit PANTONE dengan gamut 100% DCI-P3, audio Dolby Atmos1 dan sistem bunyi Harman Kardon dengan penguat pintar untuk bunyi spatial. Visual dipertingkatkan lagi dengan pensijilan DisplayHDR True Black 500 dan TÜV Rheinland untuk penjagaan mata.

    Peranti ini hanya setebal 16.9 mm dan berat 1.39 kg membawa cipset Intel Core Generasi ke-12 dengan grafik Intel Iris Xe sehingga RAM 16GB, PCIe 4.0 SSD, Bateri 75 Wh dan Intel WiFi 6E. Ia juga menampilkan set penuh port I/O, termasuk dua port Thunderbolt 4 USB-C.

    ASUS Chromebook Flip CX5

    ASUS Chromebook Flip CX5 membantu kerja, pembelajaran dan hiburan kepada anda. Ia menampilkan Engsel 360° ErgoLift yang boleh melaraskan paparan tiga sisi NanoEdge 16-inci. Panel ini menawarkan nisbah 16:10 untuk peningkatan dalam ruang menegak berbanding dengan panel 16:9 dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 87%.

    Ia menampilkan cipset Intel Core i7 Generasi ke-12, grafik Intel Iris Xe dan memori 16GB dan dwi-jalur Intel WiFi 6E (802.11ax) termasuk jalur 6 GHz untuk isyarat yang stabil dan kelajuan yang sangat pantas. Selain itu, ia mempunyai ASUS WiFi Master untuk Chrome OS serta aliran dan pembelajaran Cloud-first yang boleh dioptimumkan dengan Chrome Enterprise, Chrome Education Upgrade dan versi platform Intel vPro yang tersedia.

    Sistem audionya diperakui oleh Harman Kardon menawarkan empat pembesar suara yang mempunyai ruang resonan (resonant) yang lebih besar. Kamera web FHD pula memastikan visual berkualiti tinggi dan boleh ditutup dengan untuk privasi apabila tidak digunakan.

    Anda boleh lawati laman web ASUS untuk berita dan maklumat peranti yang anda minat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Google Veo dilancar, boleh hasilkan video AI beresolusi 1080p daripada arahan teks

    Selepas OpenAI melancarkan teknologi penghasilan video berdasarkan model kecerdasan buatan (AI) Sora, kini Google pula melancarkan teknologi yang serupa iaitu Veo. Ia...

    Peranti Android akan datang boleh kesan panggilan penipuan dengan sokongan AI

    Dalam Persidangan Pembangun I/O 2024 yang diadakan hari ini, Google mengumumkan pengenalan fungsi pengesanan panggilan penipuan AI untuk sistem Android. Sistem AI...

    Google Photos bakal integrasikan Ask Photos untuk bantu pengguna cari gambar, jana kapsyen

    Acara Google I/O telah diadakan beberapa jam yang lalu dan syarikat itu mengumumkan banyak fungsi AI. Salah satu sorotan ciri AI pada...

    Google akan sediakan “filter” khas untuk carian laman web yang bukan dijana oleh AI

    Dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin maju pada waktu ini, perkhidmatan enjin carian Google mengumumkan bahawa mereka akan memaparkan hasil carian...

    Samsung Malaysia lancarkan televisyen dan “soundbar” dengan teknologi AI, bermula RM2,999

    Kecerdasan buatan (AI) kini merupakan trend yang popular dalam industri teknologi pada 2024 dan Samsung Malaysia mengikuti trend tersebut dengan melancarkan televisyen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X