Site icon TechNave BM

Apple umum Oceanic+ untuk Apple Watch Ultra, paparkan segala maklumat ketika menyelam

Apple Watch Ultra telah dilancarkan pada September lalu sebagai Apple Watch yang sangat tahan lama dan lasak. Salah satu promosi pertama yang ditunjukkan semasa pengumumannya adalah ketika Apple Watch Ultra masuk ke dalam air. Paparan menunjukkan suhu air ambien dan paras kedalaman dalam unit kaki.

Apple mengumumkan aplikasi Oceanic+ untuk Watch Ultra dengan kerjasama Huish Outdoors membolehkan pemakai mengakses banyak maklumat tentang penyelam serta menjadikannya ‘komputer’ menyelam. Ia juga boleh tenggelam sehingga 40m, mempunyai tolok kedalaman dan pengesan suhu air untuk mengumpul data tambahan.

Aplikasi ini akan memberi amaran kepada penyelam jika mereka menurun atau menaik terlalu cepat dan ia akan menunjukkan anggaran masa yang diperlukan untuk kembali ke permukaan. Ia juga akan menunjukkan kompas semasa menyelam, pasang surut air, suhu, tahap penglihatan dan arus sebelum menyelam.

Oceanic+ akan menggunakan Enjin Taptic dan paparan Apple Watch Ultra untuk memberitahu penyelam tentang sebarang maklumat penting semasa sesi menyelam. Walaupun terdapat versi percuma dalam aplikasi, anda boleh menggunakan ciri premium dengan harga $5 (~RM22.50)/hari, $10 (~RM45.00)/bulan atau $80(~RM360)/tahun.

Pakej keluarga untuk aplikasi juga boleh dibeli dengan harga $130(~RM585)/tahun. Oceanic+ memerlukan Apple Watch Ultra dengan kemas kini WatchOS 9.1 dan boleh disambungkan dengan iPhone 8 dengan sistem iOS 16.1 ke atas.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Apple

Exit mobile version