Site icon TechNave BM

Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE mula dijual di Malaysia hari ini berharga RM1,199

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa pra-tempahan untuk jam tangan pintar Apple Watch Series 6 dan Apple Watch SE akan dibuka pada 15 Oktober. Kini Apple Malaysia telah pun membuka tempahan untuk kedua-dua jam tangan tersebut dengan harga bermula RM1,199 untuk Watch SE dan RM1,749 untuk Watch Series 6.

Apple Malaysia menawarkan kedua-dua jam dalam varian 44mm dan 40mm serta fungsi GPS dan GPS + Cellular untuk tujuan eSIM. Tali jam tangan Braided Solo Loop, Sport Loop, dan Leather Link turut ditawarkan dalam pelbagai warna.

Apple Watch Series 6 dilengkapi cipset S6, watchOS 7, pembaca oksigen dalam darah SpO2 dan pelbagai fungsi menarik. Sementara itu, Apple Watch SE pula adalah peranti yang lebih berpatutan dengan cipset S5. Untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua peranti ini, baca artikel pelancarannya di sini.

Beritahu kami di Facebook jika anda ingin menggayakan Apple Watch terbaru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version