ASUS Malaysia telah melancarkan dua model komputer riba gaming baharu iaitu ASUS Gaming V16 (V3607) dan ASUS Gaming K16 (K3605). Komputer ini direka khas untuk memberikan prestasi gaming yang tinggi namun masih mempunyai reka bentuk yang mudah dibawa.
Komputer riba ini mempunyai berat 1.80kg sahaja dan badan senipis 1.89cm. ASUS mengatakan siri komputer riba ini adalah komputer riba 16 inci yang paling nipis untuk kelasnya. Walaupun dengan rekaan nipis, ia masih menawarkan port I/O yang lengkap dan mempunyai pengiktirafan MIL-STD-810H yang membuktikan kekukuhannya.
Spesifikasi dalamannya pula ditawarkan dengan Intel Core 5 510H dan NVIDIA GeForce RTX 4050 Laptop GPU untuk prestasi yang tinggi dalam game, kerja-kerja kreatif atau lain-lain tugas. Apabila tenaga CPU dan GPU digabungkan, ia mempunyai kadar tenaga keseluruhan (TDP) 70W.
Untuk kawalan suhu, ia mempunyai dua kipas penyejuk dan paip haba yang membenarkan aliran haba yang efisien. Skrinnya pula berukuran 16 inci dengan panel IPS resolusi Full HD+, nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 144Hz dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 89%.
Setiap unit komputer ini didatangkan dengan langganan PC Game Pass selama tiga bulan serta Office Home 2024.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua komputer:
ASUS Gaming V16 (V3607)
- Sistem operasi Windows 11 Home
- Pemproses Intel Core 5 Processor 210H 2.2GHz
- NVIDIA GeForce RTX 4050 Laptop GPU, GDDR6 6GB
- Skrin 16 inci, resolusi 1920×1200, kadar segar semula 144Hz, nisbah aspek 16:10, kecerahan 300 nits, gamut warna NTSC 45%, nisbah skrin-ke-badan 89%
- RAM DDR5 16GB
- Storan M.2 NVMe PCIe 4.0 512GB
- Port I/O: 1x DC-in, 1x bicu audio 3.5mm, 1x HDMI 2.1, 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C
- Papan kekunci dengan num-key, 1.5mm key-travel, bercahaya
- Webcam 1080p dengan penutup fizikal
- Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3
- Bateri 63WHr
- Pengecasan 150W
- Berat 1.95kg, ukuran 35.70 x 25.07 x 1.80cm
- Pengiktirafan MIL-STD 810H
- Harga: RM3,999
ASUS Gaming K16 (K3605)
- Sistem operasi Windows 11 Home
- Pemproses Intel Core i5-12500H 2.5GHz
- NVIDIA GeForce RTX 4050 Laptop GPU, GDDR6 6GB atau RTX 2050, GDDR6 4GB
- Skrin 16 inci, resolusi 1920×1200, kadar segar semula 144Hz, nisbah aspek 16:10, kecerahan 300 nits, gamut warna NTSC 45%, nisbah skrin-ke-badan 89%
- RAM DDR4 8GB atau 16GB
- Storan M.2 NVMe PCIe 4.0 512GB
- Port I/O: 1x DC-in, 1x bicu audio 3.5mm, 1x HDMI 2.1, 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C
- Papan kekunci dengan num-key, 1.4mm key-travel, bercahaya
- Webcam 720p dengan penutup fizikal
- Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3
- Bateri 70WHr atau 50WHr
- Pengecasan 120W
- Berat 1.80kg, ukuran 35.86 x 24.91 x 1.89cm
- Pengiktirafan MIL-STD 810H
- Harga: bermula RM3,499
Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai ASUS Gaming V16 dan ASUS Gaming K16. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

