More

    ASUS Gaming V16, K16 dilancar di Malaysia: Komputer riba RTX4050, Intel Core 5 bermula RM3,499

    ASUS Malaysia telah melancarkan dua model komputer riba gaming baharu iaitu ASUS Gaming V16 (V3607) dan ASUS Gaming K16 (K3605). Komputer ini direka khas untuk memberikan prestasi gaming yang tinggi namun masih mempunyai reka bentuk yang mudah dibawa.

    Komputer riba ini mempunyai berat 1.80kg sahaja dan badan senipis 1.89cm. ASUS mengatakan siri komputer riba ini adalah komputer riba 16 inci yang paling nipis untuk kelasnya. Walaupun dengan rekaan nipis, ia masih menawarkan port I/O yang lengkap dan mempunyai pengiktirafan MIL-STD-810H yang membuktikan kekukuhannya.

    ASUS Gaming K16
    ASUS Gaming V16

    Spesifikasi dalamannya pula ditawarkan dengan Intel Core 5 510H dan NVIDIA GeForce RTX 4050 Laptop GPU untuk prestasi yang tinggi dalam game, kerja-kerja kreatif atau lain-lain tugas. Apabila tenaga CPU dan GPU digabungkan, ia mempunyai kadar tenaga keseluruhan (TDP) 70W.

    Untuk kawalan suhu, ia mempunyai dua kipas penyejuk dan paip haba yang membenarkan aliran haba yang efisien. Skrinnya pula berukuran 16 inci dengan panel IPS resolusi Full HD+, nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 144Hz dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 89%.

    Setiap unit komputer ini didatangkan dengan langganan PC Game Pass selama tiga bulan serta Office Home 2024.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua komputer:

    ASUS Gaming V16 (V3607)

    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Pemproses Intel Core 5 Processor 210H 2.2GHz
    • NVIDIA GeForce RTX 4050 Laptop GPU, GDDR6 6GB
    • Skrin 16 inci, resolusi 1920×1200, kadar segar semula 144Hz, nisbah aspek 16:10, kecerahan 300 nits, gamut warna NTSC 45%, nisbah skrin-ke-badan 89%
    • RAM DDR5 16GB
    • Storan M.2 NVMe PCIe 4.0 512GB
    • Port I/O: 1x DC-in, 1x bicu audio 3.5mm, 1x HDMI 2.1, 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C
    • Papan kekunci dengan num-key, 1.5mm key-travel, bercahaya
    • Webcam 1080p dengan penutup fizikal
    • Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3
    • Bateri 63WHr
    • Pengecasan 150W
    • Berat 1.95kg, ukuran 35.70 x 25.07 x 1.80cm
    • Pengiktirafan MIL-STD 810H
    • Harga: RM3,999

    ASUS Gaming K16 (K3605)

    • Sistem operasi Windows 11 Home
    • Pemproses Intel Core i5-12500H 2.5GHz
    • NVIDIA GeForce RTX 4050 Laptop GPU, GDDR6 6GB atau RTX 2050, GDDR6 4GB
    • Skrin 16 inci, resolusi 1920×1200, kadar segar semula 144Hz, nisbah aspek 16:10, kecerahan 300 nits, gamut warna NTSC 45%, nisbah skrin-ke-badan 89%
    • RAM DDR4 8GB atau 16GB
    • Storan M.2 NVMe PCIe 4.0 512GB
    • Port I/O: 1x DC-in, 1x bicu audio 3.5mm, 1x HDMI 2.1, 2x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1x USB 3.2 Gen 1 Type-C
    • Papan kekunci dengan num-key, 1.4mm key-travel, bercahaya
    • Webcam 720p dengan penutup fizikal
    • Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3
    • Bateri 70WHr atau 50WHr
    • Pengecasan 120W
    • Berat 1.80kg, ukuran 35.86 x 24.91 x 1.89cm
    • Pengiktirafan MIL-STD 810H
    • Harga: bermula RM3,499

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai ASUS Gaming V16 dan ASUS Gaming K16. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured