Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 8 kini dijual dengan potongan diskaun RM400

Sempena meraikan kejayaan pasukan Selangor Red Giants (SRG) dalam pertandingan antarabangsa MLBB MSC 2024 di Arab Saudi baru-baru ini, ASUS Malaysia akan menganjurkan promosi khas untuk siri telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 8.

Sepanjang 25 hingga 28 Julai 2024, telefon tersebut akan dijual dengan potongan diskaun sebanyak RM400 untuk varian memori 12GB+256GB. Ini bermaksud anda boleh membelinya pada harga berikut:

Perlu diingati bahawa varian 16GB+512GB tidak menerima sebarang diskaun. Sungguh pun begitu, setiap pembelian ROG Phone 8 sepanjang tempoh ini akan menerima 2,000 MLBB Diamonds.

ASUS Malaysia merupakan salah satu penaja untuk MLBB MSC 2024 serta pasukan SRG. Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version