Site icon TechNave BM

ASUS Sky Selection 2 diumum: Ryzen R7-5800H, GPU RTX 3070, skrin 240Hz berharga ~RM5,803

ASUS telah mempamerkan pelbagai produk menari di acara teknologi terkemuka CES 2021 termasuklah pelbagai komputer riba gaming baru. Tidak cukup dengan acara CES 2021, ASUS telah mengumumkan satu lagi komputer riba gaming menarik di pasaran China, ASUS Sky Selection 2 (diterjemah secara langsung dari nama rasmi dalam bahasa Mandarin).

ASUS Sky Selection 2 ialah komputer riba gaming yang hadir dengan AMD Ryzen 7 5800H, GPU Nvidia GeForce RTX 3070 dan RAM 16GB. Komputer riba dengan rekaan menarik ini bakal tersedia di pasaran China dengan harga 9299 Yuan (~RM5,803) di mana harganya adalah agak baik untuk sebuah komputer riba gaming.

Ia hadir dengan paparan IPS 1080p berukuran 15.6 inci, bersama kadar segar semula 240Hz dan warna gamut sRGB 100%. Bezelnya adalah nipis sahaja dan menyumbang kepada nisbah skrin-ke-badan yang tinggi. Walaupun dengan berat 4.05kg, namun rekaannya amat menarik.

Malangnya, ASUS Sky Selection 2 mungkin hanya hadir di pasaran China sahaja. Kami amat tertarik dengan pilihan warna hijau-kelabu. Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version