More

    ASUS ROG lancarkan pelbagai komputer riba baru dalam siri Zephyrus, Flow dan Strix

    Sewaktu acara Pameran Elektronik Pengguna (CES) semalam, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah melancarkan beberapa jenis perkakas komputer gaming yang baru, daripada komputer riba hinggalah papan kekunci gaming. Berikut merupakan senarai komputer riba baru yang akan mula dijual pada 2021.

    Komputer riba Zephyrus Duo 15 SE dilengkapi skrin 4K 120Hz berukuran 15 inci, CPU AMD Ryzen 9 5900HX dan NVIDIA GeForce RTX 3080. Komputer ini mempunya skrin kedua ROG ScreenPad Plus untuk memberikan paparan ekstra sewaktu bermain game atau bekerja, di mana ia boleh digunakan untuk melayari web, membaca emel, aplikasi pemesejan atau merekod game.

    Buat mereka yang menginginkan komputer riba gaming yang lebih kecil, ROG Flow X13 menampilkan skrin sentuh 13 inci, CPU lapan teras AMD Ryzen 9 5980HS dan GPU GeForce GTX 1650. Apa yang menarik tentang produk ini adalah engselnya boleh diputar 360 darjah di mana ia boleh digunakan seperti tablet sewaktu papan kekunci dilipat sepenuhnya ke belakang skrin. Skrinnya turut menyokong penggunaan stilus seperti ASUS Pen.

    ROG Strix SCAR 17 pula dilengkapi CPU AMD Ryzen 9 5900HX dan GPU GeForce RTX 3080, sistem penyejukan yang baru serta RAM DDR-3200 MHz dwi-saluran sehingga 64GB. Daya penarik komputer ini adalah pada skrinnya di mana ASUS mengatakan ialah skrin komputer riba terpantas, dengan panel 360Hz Full HD dan masa tindak balas 3ms.

    Keberadaan produk ini di Malaysia akan dimaklumkan oleh ASUS dalam masa terdekat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana komputer ASUS ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured