ASUS Malaysia baru-baru ini melancarkan dua komputer riba dalam siri Vivobook iaitu ASUS Vivobook S14 (S3407QA) dan ASUS Vivobook S16 (S3607QA). Kedua-dua komputer riba ini dilengkapi ciri kecerdasan buatan (AI) Copilot+ bagi memudahkan tugasan harian anda.
Ia mempunyai rekaan yang nipis dan ringan, dengan kenipisan 1.59mm sahaja apabila dilipat dan berat 1.35kg sahaja. Pilihan warnanya ditawarkan dalam perak Cool Silver dan kelabu Matte Gray dengan sudahan metalik.
Skrinnya menggunakan panel OLED dengan resolusi Full HD dan nisbah aspek 16:10. Untuk pengalaman audio yang imersif, ia dilengkapi teknologi Snapdragon Sound dan Dolby Atmos, dan untuk penggunaan peranti Bluetooth, ia menyokong penstriman muzik secara lossless.
Pemprosesnya menggunakan Snapdragon X yang dilengkapi NPU dengan kelajuan sehingga 45 TOPS untuk prestasi AI yang tinggi. Ia mempunyai beberapa fungsi AI khas yang dibangunkan ASUS seperti StoryCube, AI Camera dan AI Noise Cancellation. Untuk memori, ia boelh dilengkapi RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 sehingga 1TB.
Baterinya berkapsiti 70WHr dan boleh bertahan sehingga 32 jam. Untuk port I/O pula, ia mempunyai dua port USB4 yang menyokong pemindahan data 40Gbps, DisplayPort, Power Delivery, dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, port HDMI dan bicu audio 3.5mm.
Berikut adalah spesifikas penuh untuk kedua-dua komputer riba:
ASUS Vivobook S14 (S3407QA)
- CPU Snapdragon X X1-26-100
- Skrin OLED 14 inci, resolusi 1920×1200, nisbah aspek 16:10, kadar 60Hz, kecerahan 300 nits, gamut warna DCI-P3 95%
- Sistem operasi Windows 11
- GPU Qualcomm Adreno
- RAM LPDDR5X 16GB
- Storan SSD M.2 NVMe™ PCIe® 4.0 1TB
- Hubungan wayarles WiFi 6E, Bluetooth 5.3
- Kamera webcam 1080p
- I/O: Dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, dua port USB4® Gen 3 Type-C®, satu port HDMI® 2.1 TMDS, satu bicu audio 3.5mm
- Pad penjejak dengan Smart Gestures
- Pembesar suara Snapdragon Sound
- Bateri 70Wh
- Pengecas 65W
- Ukuran 31.52 x 22.35 x 1.59 ~ 1.79 cm, berat 1.35kg
- Pilihan warna Cool Silver dan Matte Grey
- Harga: RM3,699
ASUS Vivobook S16 (S3607QA)
- CPU Snapdragon X X1-26-100
- Skrin OLED 16 inci, resolusi 1920×1200, nisbah aspek 16:10, kadar 60Hz, kecerahan 300 nits, gamut warna DCI-P3 95%
- Sistem operasi Windows 11
- GPU Qualcomm Adreno
- RAM LPDDR5X 16GB
- Storan SSD M.2 NVMe™ PCIe® 4.0 1TB
- Hubungan wayarles WiFi 6E, Bluetooth 5.3
- Kamera webcam 1080p
- I/O: Dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, dua port USB4® Gen 3 Type-C®, satu port HDMI® 2.1 TMDS, satu bicu audio 3.5mm
- Pad penjejak dengan Smart Gestures
- Pembesar suara Snapdragon Sound
- Bateri 70Wh
- Pengecas 65W
- Ukuran 35.7 x 25.07 x 1.59 ~ 1.79 cm, berat 1.74kg
- Pilihan warna Cool Silver dan Matte Grey
- Harga: RM3,699
Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Vivobook S14 dan Vivobook S16. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

