More

    ASUS Vivobook S14/S16 Copilot+ dilancar di Malaysia: Komputer riba Snapdragon X bermula RM3,699

    ASUS Malaysia baru-baru ini melancarkan dua komputer riba dalam siri Vivobook iaitu ASUS Vivobook S14 (S3407QA) dan ASUS Vivobook S16 (S3607QA). Kedua-dua komputer riba ini dilengkapi ciri kecerdasan buatan (AI) Copilot+ bagi memudahkan tugasan harian anda.

    Ia mempunyai rekaan yang nipis dan ringan, dengan kenipisan 1.59mm sahaja apabila dilipat dan berat 1.35kg sahaja. Pilihan warnanya ditawarkan dalam perak Cool Silver dan kelabu Matte Gray dengan sudahan metalik.

    Skrinnya menggunakan panel OLED dengan resolusi Full HD dan nisbah aspek 16:10. Untuk pengalaman audio yang imersif, ia dilengkapi teknologi Snapdragon Sound dan Dolby Atmos, dan untuk penggunaan peranti Bluetooth, ia menyokong penstriman muzik secara lossless.

    Pemprosesnya menggunakan Snapdragon X yang dilengkapi NPU dengan kelajuan sehingga 45 TOPS untuk prestasi AI yang tinggi. Ia mempunyai beberapa fungsi AI khas yang dibangunkan ASUS seperti StoryCube, AI Camera dan AI Noise Cancellation. Untuk memori, ia boelh dilengkapi RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 sehingga 1TB.

    Baterinya berkapsiti 70WHr dan boleh bertahan sehingga 32 jam. Untuk port I/O pula, ia mempunyai dua port USB4 yang menyokong pemindahan data 40Gbps, DisplayPort, Power Delivery, dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, port HDMI dan bicu audio 3.5mm.

    Berikut adalah spesifikas penuh untuk kedua-dua komputer riba:

    ASUS Vivobook S14 (S3407QA)

    • CPU Snapdragon X X1-26-100
    • Skrin OLED 14 inci, resolusi 1920×1200, nisbah aspek 16:10, kadar 60Hz, kecerahan 300 nits, gamut warna DCI-P3 95%
    • Sistem operasi Windows 11
    • GPU Qualcomm Adreno
    • RAM LPDDR5X 16GB
    • Storan SSD M.2 NVMeâ„¢ PCIe® 4.0 1TB
    • Hubungan wayarles WiFi 6E, Bluetooth 5.3
    • Kamera webcam 1080p
    • I/O: Dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, dua port USB4® Gen 3 Type-C®, satu port HDMI® 2.1 TMDS, satu bicu audio 3.5mm
    • Pad penjejak dengan Smart Gestures
    • Pembesar suara Snapdragon Sound
    • Bateri 70Wh
    • Pengecas 65W
    • Ukuran 31.52 x 22.35 x 1.59 ~ 1.79 cm, berat 1.35kg
    • Pilihan warna Cool Silver dan Matte Grey
    • Harga: RM3,699

    ASUS Vivobook S16 (S3607QA)

    • CPU Snapdragon X X1-26-100
    • Skrin OLED 16 inci, resolusi 1920×1200, nisbah aspek 16:10, kadar 60Hz, kecerahan 300 nits, gamut warna DCI-P3 95%
    • Sistem operasi Windows 11
    • GPU Qualcomm Adreno
    • RAM LPDDR5X 16GB
    • Storan SSD M.2 NVMeâ„¢ PCIe® 4.0 1TB
    • Hubungan wayarles WiFi 6E, Bluetooth 5.3
    • Kamera webcam 1080p
    • I/O: Dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, dua port USB4® Gen 3 Type-C®, satu port HDMI® 2.1 TMDS, satu bicu audio 3.5mm
    • Pad penjejak dengan Smart Gestures
    • Pembesar suara Snapdragon Sound
    • Bateri 70Wh
    • Pengecas 65W
    • Ukuran 35.7 x 25.07 x 1.59 ~ 1.79 cm, berat 1.74kg
    • Pilihan warna Cool Silver dan Matte Grey
    • Harga: RM3,699

    Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Vivobook S14 dan Vivobook S16. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured