Site icon TechNave BM

Bermula 2024, Eropah wajibkan semua peranti elektronik guna port USB-C sahaja

Suruhanjaya Kesatuan Eropah (European Union Commission) mengumumkan bahawa bermula 2024, port USB-C akan dijadikan sebagai standard untuk semua peranti elektronik yang digunakan dalam negara-negara Eropah.

Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna mencari pengecas yang boleh dipakai untuk semua jenis peranti sambil mengurangkan jumlah e-sisa (e-waste) yang dibuang. Pengguna kini boleh menggunakan sebarang pengecas USB-C tanpa mengira jenama untuk mengecas pelbagai kategori peranti.

Langkah ini juga bertujuan untuk mengelakkan syarikat teknologi daripada mengehadkan kadar pengecasan jika sebuah pengecas jenama lain digunakan untuk mengecas sebuah peranti. Selain itu, pengguna juga tidak perlu membeli pengecas baharu setiap kali mereka membeli peranti baharu.

Dalam sebuah siaran akhbar yang diterbitkan pada 30 Disember 2023, suruhanjaya tersebut menggariskan jenis-jenis peranti yang perlu menggunakan port USB-C bermula 2024:

Untuk komputer riba pula, kategori peranti ini perlu menggunakan port USB-C bermula 2026 bagi memberi ruang kepada syarikat teknologi untuk memperkenalkannya.

Dengan pengenalan standard USB-C, EU menjangkakan pengurangan sisa elektronik sebanyak 980 tan setahun dan pengurangan pembelian pengecas sebanyak €250 juta setahun.

Di samping itu, syarikat teknologi juga perlu memaparkan simbol dan informasi yang menunjukkan ciri-ciri pengecasan tertentu, seperti kadar kuasa dan sokongan untuk pengecasan pantas supaya para pengguna boleh membuat keputusan yang tepat sewaktu membeli pengecas baharu.

Pada tahun lalu, desakan tegas daripada EU tentang penggunaan port USB-C dalam setiap peranti ini telah memaksa Apple untuk memperkenalkan siri iPhone pertama yang menggunakan port tersebut iaitu iPhone 15, menjadikannya telefon pintar terakhir yang memperkenalkan port USB-C. Sungguh pun begitu, peranti Apple yang lain seperti iPad mini dan komputer MacBook telah pun menggunakan port USB-C sejak beberapa tahun lalu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: European Commission

Exit mobile version