More

    Siri Apple iPhone 15 dilancar: USB-C, Dynamic Island dan Ray Tracing bermula RM4,399

    Sebagai sebahagian daripada Acara Wonderlust yang baru sahaja selesai berlangsung, Apple secara rasmi mengumumkan telefon pintarnya iaitu iPhone 15 dan 15 Pro yang menampilkan paparan 6.1 inci manakala iPhone 15 Plus dan 15 Pro Max mempunyai paparan 6.7 inci. 

    Sama seperti dua telefon terakhir sebelum ini, iPhone 15 Pro dan Pro Max masih menggunakan kadar penyegaran skrin 120Hz manakala iPhone 15 dan 15 Plus menggunakan kadar penyegaran skrin 60Hz. Seperti khabar angin sebelum ini, siri iPhone 15 menampilkan port USB-C untuk mengecas.

    iPhone 15 dan iPhone 15 Plus

    Ciri-ciri yang menarik pada iPhone 15 termasuk menggunakan skrin Super Retina XDR yang menampilkan teknologi OLED. Ia menjadikan skrin lebih cerah yang mampu mencapai sehingga 2000 nits dalam cahaya matahari. Apple mengatakan bahawa foto HDR akan kelihatan lebih baik daripada sebelumnya.

    Ia menggunakan kamera utama 48MP dengan telefoto 2x dan zum berterusan. Satu ciri menarik ialah “Mod Potret Auto” yang membolehkan pengguna merakam foto potret tanpa perlu menukar secara manual kepada Mod Potret. Ia akan menggunakan cip A16 Bionic yang diperkenalkan dalam iPhone 14.

    iPhone 15 akan menampilkan bateri yang lebih besar dengan pengecasan yang lebih besar secara keseluruhan. Perubahan penting yang datang kepada setiap model iPhone 15 ialah Dynamic Island yang diperkenalkan tahun lepas dan hanya tersedia pada iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max.

    Namun, walaupun Dynamic Island hadir ke semua iPhone tahun ini, paparan sentiasa hidup dan ciri ProMotion dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz kekal sebagai ciri eksklusif untuk model iPhone 15 Pro.

    iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max

    Sebagai tambahan kepada iPhone 15, Apple turut melancarkan iPhone versi Pro yang menggunakan bahan Titanium Gred 5. Ia akan tersedia dalam 6.1 inci untuk iPhone 15 Pro dan 6.7 inci untuk iPhone 15 Pro Max. iPhone 15 Pro juga mereka semula suis senyap dengan butang tindakan baharu. 

    Pengguna iPhone 15 versi Pro boleh menekan dan tahan butang untuk memilih tindakan yang ditetapkan. Anda boleh memilih daripada satu set tindakan dan beralih antara tindakan tersebut dengan mudah daripada merakam klip bunyi kepada melancarkan kamera.

    "
    "

    Ciri-ciri yang menarik pada siri iPhone 15 Pro ialah ia dilengkapi cip 3 nanometer pertama, sambungan USB 3 yang menyokong sehingga 10GB sesaat, kelajuan pemindahan 20x lebih pantas. GPU yang digunakan adlaah daripada teknologi shader rekaan Apple baharu.

    Ia mempunyai 6 teras dan pengesanan sinar dipercepatkan perkakasan untuk permainan membolehkannya pengguna bermain Resident Evil 4 Remake, Assassin’s Creed Mirage dan permainan konsol lain secara asli.

    Kamera 48MP iPhone 15 Pro menampilkan kamera yang berkemampuan untuk fotografi 24 MM, 28 MM dan 35 MM. Ia akan mengurangkan suar kanta dan berfungsi dengan lebih baik pada waktu malam. selain itu, ia turut menampilkan panjang fokus 24mm dan menyokong 10,000 pelarasan mikro sesaat untuk OIS.

    Untuk memiliki salah satu peranti terbaharu daripada Apple ini, anda boleh layari laman rasmi Apple Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...