Site icon TechNave BM

Bermula 2025, MyDigital ID boleh diguna untuk mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata kerajaan merancang untuk memperkenalkan fungsi daftar masuk menggunakan MyDigital ID untuk semua perkhidmatan kerajaan bagi melancarkan proses pendigitalan perkhidmatan kerajaan. Secara teori, ini bermaksud anda hanya perlu gunakan satu ID sahaja untuk mendaftar masuk (sign-in) ke dalam semua perkhidmatan kerajaan kelak.

Pendaftaran masuk menggunakan MyDigital ID akan diperkenalkan bermula suku pertama 2025. Pada waktu ini, MyDigital ID sudah pun disepadukan dengan beberapa aplikasi kerajaan seperti MySejahtera, MyGov, Human Resources Management Information System (HRMIS) Mobile dan MyJPJ.

Gobind juga berkata pembangunan MyDigital ID adalah sebuah proses yang berterusan, dan cabaran-cabaran yang timbul sewaktu pengenalannya akan boleh diatasi dengan pembaharuan teknologi.

Setakat ini, pengenalan MyDigital ID untuk perkhidmatan kerajaan masih tidak dapat dilakukan secara lancar. Pada awal bulan ini, Kementerian Pengangkutan terpaksa menangguh pendaftaran MyJPJ menggunakan MyDigital ID kerana rakyat mengalami kesukaran dalam pendaftaran tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MalayMail

Exit mobile version