More

    Log masuk MyJPJ guna MyDigital ID dibatal serta-merta – Anthony Loke

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini berkata bahawa tiada keputusan rasmi mengenai penggunaan ID MyDigital untuk log masuk aplikasi MyJPJ. Beliau berkata tarikh akhir 10 Oktober untuk pengguna mendaftar MyDigital ID bagi mengakses aplikasi MyJPJ telah dibatalkan sehingga satu tarikh kemudian.

    Tambahnya, pengumuman pop timbul dalam aplikasi MyJPJ itu bukanlah pengumuman rasmi dan ada maklumat yang disebarkan telah mengelirukan orang ramai. Loke telah mengarahkan supaya pop timbul tersebut dialih keluar kerana belum ada keputusan daripada kementerian.

    Selain itu, Loke juga mengadakan perbincangan dengan wakil dari MyDigital ID dan komited untuk menyokong integrasi MyDigital ID dengan MyJPJ. Bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan dengan lancar melalui penyepaduan back- end (dalaman) menerusi sistem.

    MyDigital ID akan berfungsi sebagai log masuk untuk aplikasi MyJPJ dan ini mesti dilaksanakan dengan lancar untuk mengelakkan sebarang isu untuk pengguna MyJPJ. Dengan 10.5 juta pengguna aplikasi MyJPJ, Loke berkata penyepaduan sistem back- end adalah kunci untuk memudahkan proses pendaftaran.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...