Site icon TechNave BM

Bertabahlah! iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro Max dijangka tangguh keluar sehingga November

Jika anda sedang menantikan iPhone 12 mini (varian iPhone 12 paling murah) atau ingin menyambar iPhone 12 Pro Max, anda mungkin harus bersabar. Sumber tidak rasmi kini mendedahkan bahawa pelancaran iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max dijangka akan ditangguh sehingga November ini.

Walaupun begitu, Apple masih akan melancarkan beberapa varian dalam siri iPhone 12 iaitu iPhone 12 6.1 inci dan iPhone 12 Pro 6.1 inci pada 14 Oktober ini. Menurut sumber, iPhone 12 mini dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci akan dilancar pada 13 November (mungkin 14 November waktu Malaysia).

Perkara ini sebenarnya bukanlah berita yang mengejutkan memandangkan kami pernah memberitahu mengenai iPhone 12 yang mungkin akan dilancar secara berperingkat.

Gambar rekaan iPhone 12 mini. Lihat disini untuk warna baharu iPhone 12 mini

Untuk ramalan harga, iPhone 12 dikatakan akan bermula pada harga ~RM2,699 sehingga ~RM6,206. Anda boleh klik disini untuk senarai harga ramalan terperinci.

Anda juga boleh membaca berita spesifikasi iPhone 12 yang lepas.

Apa pun, kesemua maklumat ini hanyalah jangkaan kerana ianya dari sumber tidak rasmi. Yang pasti, Apple bakal melangsungkan acara pelancaran pada 14 Oktober ini. Adakah anda mampu bersabar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version