More

    Ini warna baharu iPhone 12 mini yang akan digilai ramai: Sky Blue dan Rose Pink

    Anda pasti sudah melihat gambar-gambar rekaan iPhone 12 yang tersebar di Internet. Namun, warna pilihan yang direka dari sumber ini menambat hati kami! Warna pilihan ini bukan direka sewenang-wenangnya memandangkan rekaan ini adalah berdasarkan khabar angin pilihan warna yang akan diberi untuk pasaran.

    Berdasarkan gambar rekaan, anda boleh melihat varian warna berjiwa muda baharu untuk iPhone 12 mini iaitu; Sky Blue dan Rose Pink. Sebenarnya, terdapat juga media Barat yang telah menjangkakan pilihan warna yang sama pada bulan lalu.

    Untuk pengetahuan anda, iPhone 12 mini 54 inci adalah varian iPhone 12 yang dilaporkan akan dijual dengan harga paling berpatutan (ramalan harga ~RM2,699) berbanding varian iPhone 12 lain.

    Selain dari warna Rose Pink dan Sky Blue, anda boleh melihat warna-warna lain yang mungkin akan ditawarkan seperti Mint Green, Hitam, Putih dan Merah untuk iPhone 12 mini.

    Apa pun, sumber ini bukanlah sumber rasmi dari pihak Apple sendiri. Siri iPhone 12 akan dilancar secara rasmi pada 14 Oktober, 1 AM (waktu Malaysia). Anda boleh membaca ramalan harga dan spesifikasinya disini.

    Adakah anda berminat dengan iPhone 12 mini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: concept_gunho

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...