Bolt yang merupakan syarikat e-hailing dari Eropah, kini memperkenalkan Bolt Business di Malaysia untuk membantu syarikat mengurus perjalanan pekerja dengan lebih mudah dan teratur. Melalui perkhidmatan ini, syarikat boleh menempah perjalanan untuk pekerja, menetapkan bajet, memantau penggunaan dan mendapatkan laporan automatik.
Perkhidmatan ini direka khas bagi menggantikan proses tuntutan manual yang rumit dan membolehkan syarikat mengurus perjalanan secara berpusat melalui papan pemuka mesra pengguna tanpa yuran pendaftaran.
Pengurus Besar Bolt Malaysia, Afzan Lutfi berkata, perkhidmatan ini memudahkan urusan syarikat dan pekerja, selain memberi lebih banyak peluang pendapatan kepada pemandu tempatan. Trivia, Bolt mula beroperasi di Malaysia pada akhir 2024 dan berkembang pesat di Lembah Klang.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

