More

    Bolt Business kini tawar perkhidmatan e-hailing korporat di Malaysia

    Bolt yang merupakan syarikat e-hailing dari Eropah, kini memperkenalkan Bolt Business di Malaysia untuk membantu syarikat mengurus perjalanan pekerja dengan lebih mudah dan teratur. Melalui perkhidmatan ini, syarikat boleh menempah perjalanan untuk pekerja, menetapkan bajet, memantau penggunaan dan mendapatkan laporan automatik.

    Perkhidmatan ini direka khas bagi menggantikan proses tuntutan manual yang rumit dan membolehkan syarikat mengurus perjalanan secara berpusat melalui papan pemuka mesra pengguna tanpa yuran pendaftaran.

    Pengurus Besar Bolt Malaysia, Afzan Lutfi berkata, perkhidmatan ini memudahkan urusan syarikat dan pekerja, selain memberi lebih banyak peluang pendapatan kepada pemandu tempatan. Trivia, Bolt mula beroperasi di Malaysia pada akhir 2024 dan berkembang pesat di Lembah Klang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured