Site icon TechNave BM

Butiran Nokia C3 didedahkan dalam Geekbench

Butiran maklumat peranti Nokia baru yang dinamakan Nokia C3 telah pun dimuat naik ke dalam laman web Geekbench. Sebelum ini, peranti ini hanya mempunyai kod nama GamoraPlus.

Daripada laporan Geekbench, Nokia C3 mendapat markah 805 untuk ujian teras tunggal (single-core test) dan 3430 untuk ujian multi-teras (multi-core test). Ia bakal dilengkapi dengan cipset ARM Unisoc yang mempunyai lapan teras dan frekuensi 1.20GHz, sistem operasi Android 10 serta RAM 3GB.

Pada bulan lalu, sebuah peranti Nokia yang baru dengan kod TA-1258 telah dikenal pasti dalam laman web TENAA, namun masih tidak pasti jika ia adalah Nokia C3 atau peranti lain daripada jenama Finland itu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version