More

    Telefon pintar Nokia misteri dengan skrin 5.99 inci ditemui dalam TENAA

    Sebuah peranti Nokia dengan nombor model TA-1258 telah dijumpai dalam laman web TENAA. Walaupun senarainya masih tidak lengkap namun daripada maklumat yang ada, kita boleh tahu bahawa ia mempunyai skrin 5.99 inci, bateri 3,040mAh, kamera 8MP dan kamera hadapan 5MP.

    Selain itu, telefon ini juga mempunyai RAM 3GB, storan 32GB atau 64GB serta ukuran 159.6 x 77.5 x 85mm. Berdasarkan spesifikasi awal ini, mungkin ia adalah telefon Nokia kelas pertengahan jadi mungkin ia akan diberi nama Nokia 2, Nokia 3 atau Nokia 4.

    Beberapa hari yang lalu, sebuah peranti yang dikatakan Nokia 2.4 telah ditemui dalam laman web GeekBench, dengan spesifikasi cipset Helio P22, RAM 2GB dan Android 10. Media melaporkan bahawa telefon dalam TENAA itu mungkin adalah telefon yang sama dengan Nokia 2.4 dalam GeekBench ini.

    Adakah anda berminat untuk memiliki telefon kelas pertengahan daripada Nokia? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nokiamob

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured