Site icon TechNave BM

Butiran Samsung Galaxy S21 FE mula muncul

Pada tahun lepas, Samsung memperkenalkan varian baru untuk siri telefon pintar andalan Galaxy S20 iaitu Galaxy S20 Fan Edition (FE). Selepas siri Galaxy S21 telah dilancarkan pada bulan lalu, kini Samsung mungkin sedang bersiap untuk melancarkan Samsung Galaxy S21 FE pula pada lewat tahun ini.

Menurut sumber, sebuah telefon Samsung dengan nombor model SM-G990B kini sedang dibangunkan oleh Samsung dan ia mungkin merujuk kepada Galaxy S21 FE. Ia mungkin akan dilancar dengan storan 128GB atau 256GB, sokongan rangkaian 5G dan sistem operasi Android 11.

Galaxy S20 FE mendapat sambutan yang baik daripada para pengguna pada tahun lepas walaupun ia tidak mempunyai rekaan luaran yang sama dengan varian S20 lain. Galaxy S21 FE mungkin akan meneruskan trend tersebut, dengan spesifikasi dalaman yang hampir sama dengan varian Galaxy S21 lain.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SAMMobile

Exit mobile version