More

    Samsung Galaxy S20 FE 5G dilancar: AMOLED 120Hz, 4,500mAh, 3 kamera berharga RM3,399

    Samsung hari ini telah melancarkan varian terbaru untuk siri telefon pintar Galaxy S20, iaitu Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) 5G. Peranti Galaxy flagship terbaru ini dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik seperti skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, tiga kamera dan bateri 4,500mAh serta akan dijual pada harga RM3,399.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy S20 FE 5G:

    • Cipset Qualcomm Snapdragon 865 atau Exynos 990
    • Skrin Super AMOLED Infinity-O berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1080×2400
    • Storan 256GB, boleh dibesarkan dengan microSD sehingga 1TB
    • RAM LPDDR5 8GB
    • Kamera utama 12MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 8MP
    • Fungsi fotografi zum optikal 3x, Space Zoom 30x, penstabilan imej optikal (OIS), jejakan autofokus
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,500mAh
    • Pengecasan pantas 25W, pengecasan berbalik Wireless PowerShare
    • Dwi-pembesar suara stereo
    • Rating kalis air IP68
    • Android 10, boleh mendapat kemas kini utama sebanyak 3 kali

    Para pelanggan di Malaysia boleh mula membuat pra-tempahan untuk Galaxy S20 FE bermula esok (24 September) jam 10:00 pagi sehingga 8 Oktober atau selama stok masih ada. Pelanggan yang membuat pra-tempahan berpeluang membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM568.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon flagship terbaru daripada Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...