Site icon TechNave BM

Butiran Xiaomi Mix Fold 4 didedah, mungkin tampilkan SD 8 Gen 3, RAM 16GB & storan 1TB

Xiaomi sedang membangunkan telefon pintar Mix Fold 4, meneruskan kejayaan model sebelumnya, Mix Fold 3 yang diperkenalkan pada Ogos 2023. Laporan terkini mendedahkan beberapa ciri utama peranti yang akan datang termasuk cipset dan susunan kamera.

Menurut kenyataan di Weibo, Xiaomi Mix Fold 4 akan memiliki badan dan engsel yang lebih kukuh, meningkatkan ketahanan dan mengurangkan lipatan pada skrin lipatannya. Di dalamnya, ia akan menawarkan RAM 16GB dan storan 1TB bersama cipset Snapdragon 8 Gen 3.

Peranti ini dijangka akan mempunyai kapasiti bateri lebih daripada 5,000mAh dan pengecasan pantas 100W, peningkatan yang signifikan berbanding dengan pendahulunya. Penambahbaikan kamera termasuk kamera utama 50MP, lensa periskop baru dan tambahan lain. Ia juga akan mempunyai sambungan satelit yang membolehkan komunikasi dua hala.

Selain itu, Mix Fold 4 dilaporkan akan dilengkapi dengan penarafan IP, satu ciri yang tidak ada dalam Mix Fold 3 dan akan memasukkan motor linear x-axis khusus untuk haptik yang lebih baik. Anggaran beratnya adalah antara 220g hingga 240g, bergantung kepada bahan panel belakang yang digunakan.

Memandang kira corak keluaran lepas Xiaomi, Mix Fold 4 kemungkinan akan diperkenalkan sekitar Ogos dengan lebih banyak butiran dijangka akan muncul dalam bulan-bulan mendatang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version