More

    Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dilancar: Prestasi sehingga 30% lebih pantas daripada SD 8 Gen 2

    Qualcomm telah melancarkan cipset andalannya (flagship) yang terbaharu iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang dibina dengan nod proses 4nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC). Ia menawarkan pembaharuan dan peningkatan prestasi dalam pelbagai aspek seperti kecerdasan buatan (AI), permainan video, kamera dan banyak lagi.

    Qualcomm mengatakan Snapdragon 8 Gen 3 boleh menawarkan prestasi yang lebih tinggi daripada Snapdragon 8 Gen 2, iaitu sehingga 30 peratus lebih pantas dan 20 peratus lebih cekap. Pemprosesnya terdiri daripada:

    • 1x teras utama Cortex-X4 3.3GHz
    • 3x teras prestasi Cortex-A720 3.2GHz
    • 2x teras prestasi Cortex-A720 3.0GHz
    • 2x teras kecekapan Cortex-A520 2.3GHz

    Untuk unit grafik pula, ia mempunyai Andreno GPU yang menawarkan prestasi 25 peratus lebih pantas dan 25 peratus lebih cekap berbanding Snapdragon 8 Gen 2. Gamers boleh menikmati fungsi Snapdragon Elite Gaming dan tekapan cahaya (ray tracing) yang diperbaiki dengan penyalaan global (global illumination). Ia juga boleh menjana imej pada kadar 240fp sewaktu bermain game.

    Ringkasan fungsi dalam Snapdragon 8 Gen 3
    Susunan CPU dalam Snapdragon 8 Gen 3
    Peningkatan prestasi Snapdragon 8 Gen 3

    Selain itu, prestasi AI telah dinaikkan sebanyak 98 peratus dengan kecekapan tenaga 40 peratus lebih tinggi untuk setiap watt. AI adalah salah satu aspek utama untuk Snapdragon 8 Gen 3, ia mempunyai AI Engine yang menyokong model AI generatif multi-modal dan sokongan untuk pelbagai bahasa dalam pengecaman perturutan (speech recognition).

    AI Engine ini boleh beroperasi pada kadar 20 token sesaat untuk tindak balas AI yang pantas. Qualcomm mengatakan Snapdragon 8 Gen 3 mempuyai stable diffusion yang paling pantas dalam dunia, yang boleh menjana imej lebih pantas daripada 1 saat.

    Untuk kamera, cipset ini mempunyai sensor yang menyokong rakaman 8K HDR dengan beberapa kamera serentak, teknologi gambar HDR daripada Dolby dan dwi-kamera sentiasa hidup (always-sensing cameras). Antara fungsi yang ditawarkan termasuklah Semantic Segmentation yang mencantikkan gambar dalam masa nyata, Night Vision untuk mencerahkan video gelap, Object Eraser untuk memadamkan objek dalam video, Vlogger’s View yang boleh merakam video kamera belakang dan hadapan serentak dan Photo Expansion untuk AI generatif yang boleh menghiaskan gambar yang diambil.

    Qualcomm mengatakan beberapa syarikat telefon akan menawarkan peranti yang dilengkapi cipset ini seperti ASUS, HONOR, iQOO, Meizu, Nio, Nubia, OnePlus, OPPO, realme, Redmi, RedMagic, Sony, vivo, Xiaomi dan ZTE.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon yang dilengkapi cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...