Cara mudah untuk tonton YouTube dalam peranti HUAWEI!

Peranti HUAWEI anda amat sesuai digunakan untuk menonton pelbagai bentuk kandungan video di pelbagai platform termasuk YouTube. Untuk memudahkan pengalaman tontonan YouTube anda dengan akaun Google, anda boleh menggunakan perisian YouTube Vanced.

Video di atas akan menunjukkan cara-cara untuk anda mendaftar masuk ke dalam akaun Google anda dalam YouTube Vanced agar anda boleh menonton video-video kesukaan dalam peranti HUAWEI anda. Beritahu kami di Facebook jika video ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.