Site icon TechNave BM

Celcom mulakan percubaan 5G untuk para pekerja dan pelanggan terpilih

Pada waktu ini, kita semakin meninggalkan suku ketiga 2022 namun rangkaian 5G masih belum diperkenalkan secara meluas di Malaysia. Kini, Celcom sedang bersedia untuk menawarkan rangkaian 5G secara meluas, seperti yang dinyatakan dalam laporan kemajuannya untuk separuh pertama 2022.

Menurut CEO Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi, persediaan untuk rangkaian 5G sedang dilaksanakan untuk para pelanggan serta perniagaan. Celcom sudah pun bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dan telah menyepadukan 1,000 lokasi 5G ke dalam rangkaian LTE dan LTE-A.

Di samping itu, Celcom telah pun memulakan percubaan 5G dengan para pekerjanya serta sejumlah kecil pengguna yang terpilih. Mereka juga akan berkolaborasi dengan 39 syarikat teknologi digital tempatan dan antarabangsa bagi membina ekosistem 5G.

Berikut adalah antara maklumat lain dalam laporan Celcom:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version