More

    Celcom mulakan percubaan 5G untuk para pekerja dan pelanggan terpilih

    Pada waktu ini, kita semakin meninggalkan suku ketiga 2022 namun rangkaian 5G masih belum diperkenalkan secara meluas di Malaysia. Kini, Celcom sedang bersedia untuk menawarkan rangkaian 5G secara meluas, seperti yang dinyatakan dalam laporan kemajuannya untuk separuh pertama 2022.

    Menurut CEO Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi, persediaan untuk rangkaian 5G sedang dilaksanakan untuk para pelanggan serta perniagaan. Celcom sudah pun bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dan telah menyepadukan 1,000 lokasi 5G ke dalam rangkaian LTE dan LTE-A.

    Di samping itu, Celcom telah pun memulakan percubaan 5G dengan para pekerjanya serta sejumlah kecil pengguna yang terpilih. Mereka juga akan berkolaborasi dengan 39 syarikat teknologi digital tempatan dan antarabangsa bagi membina ekosistem 5G.

    Berikut adalah antara maklumat lain dalam laporan Celcom:

    • Hasil dan keuntungan masing-masing meningkat sebanyak 2% dan 125% setakat tahun ini (year to date, YTD)
    • Liputan 4G dan 4G LTE-A masing-masing mencapai seluas 96.21% dan 90.20%
    • 278 ribu pelanggan baharu telah diperkenalkan
    • Secara purata, setiap pengguna menggunakan 6% lebih banyak data berbanding separuh pertama 2021
    • Kelajuan muat turun purata meningkat sebanyak 73%
    • Jumlah aduan untuk perkhidmatan Celcom berkurang sebanyak 44%

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured