Terbaharu, CelcomDigi Berhad mengumumkan pengenalan pas internet mudah alih prabayar baharu Prepaid 5G Hyper dan Prepaid 5G Power yang menawarkan kebebasan penggunaan 5G kepada pelanggan prabayar di Malaysia.
Pas baharu ini direka untuk pengguna yang sentiasa dalam talian dengan penawaran internet berkuota besar hingga tanpa had, kelajuan 5G tanpa had, panggilan tanpa had ke semua rangkaian serta hotspot tanpa had. Pelanggan turut ditawarkan tempoh sah yang lebih panjang bergantung kepada pas yang dipilih.
Prepaid 5G Hyper ditawarkan pada harga bermula RM30 dan disasarkan untuk kegunaan harian. Pas ini menyediakan kuota internet 50GB bersama sambungan 5G. Sementara itu, Prepaid 5G Power ditawarkan pada harga bermula RM35 dan menyediakan internet 5G tanpa had untuk pengguna dengan keperluan penggunaan data yang tinggi.
CelcomDigi turut memperkenalkan Prepaid 5G Power+ pada harga bermula RM55 yang menawarkan data dan kelajuan 5G tanpa had sepenuhnya selain akses kepada perkhidmatan hiburan Prime Video dan Viu.
CelcomDigi memaklumkan semua pas prabayar baharu ini boleh dilanggan oleh pelanggan baharu di CelcomDigi Store, pengedar serta rakan niaga sah manakala pelanggan prabayar sedia ada boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

