More

    CelcomDigi tawar pas prabayar 5G Hyper dan Power serendah RM30 sebulan

    Terbaharu, CelcomDigi Berhad mengumumkan pengenalan pas internet mudah alih prabayar baharu Prepaid 5G Hyper dan Prepaid 5G Power yang menawarkan kebebasan penggunaan 5G kepada pelanggan prabayar di Malaysia.

    Pas baharu ini direka untuk pengguna yang sentiasa dalam talian dengan penawaran internet berkuota besar hingga tanpa had, kelajuan 5G tanpa had, panggilan tanpa had ke semua rangkaian serta hotspot tanpa had. Pelanggan turut ditawarkan tempoh sah yang lebih panjang bergantung kepada pas yang dipilih.

    Prepaid 5G Hyper ditawarkan pada harga bermula RM30 dan disasarkan untuk kegunaan harian. Pas ini menyediakan kuota internet 50GB bersama sambungan 5G. Sementara itu, Prepaid 5G Power ditawarkan pada harga bermula RM35 dan menyediakan internet 5G tanpa had untuk pengguna dengan keperluan penggunaan data yang tinggi.

    CelcomDigi turut memperkenalkan Prepaid 5G Power+ pada harga bermula RM55 yang menawarkan data dan kelajuan 5G tanpa had sepenuhnya selain akses kepada perkhidmatan hiburan Prime Video dan Viu.

    CelcomDigi memaklumkan semua pas prabayar baharu ini boleh dilanggan oleh pelanggan baharu di CelcomDigi Store, pengedar serta rakan niaga sah manakala pelanggan prabayar sedia ada boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured