Site icon TechNave BM

CelcomDigi tawarkan pra-tempah siri iPhone 15 serendah RM86/ bulan

Seperti dinanti-natikan, CelcomDigi Berhad kini menawarkan pra-tempah siri iPhone 15 kepada pelanggannya mulai hari ini. Tarikh keluaran rasmi untuk siri iPhone 15 ditetapkan pada 29 September 2023 di mana peranti ini juga akan disediakan di semua kedai Celcom BlueCube dan Digi di seluruh negara.

Mereka telah melancarkan pelan Celcom MEGA EasyPhone dan Digi Postpaid PhoneFreedom 365, menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk memiliki salah satu model siri iPhone 15 terbaharu. Pelanggan yang layak kini boleh memperoleh model iPhone 15 yang diinginkan dengan bayaran pendahuluan sifar dan faedah 0%.

Sebagai insentif tambahan, pelanggan yang membuat pra-tempah akan menerima pakej eksklusif percuma bernilai RM499, sementara stok masih ada. Anda boleh lawati laman web rasmi Celcom dan Digi untuk lihat harga dan ketersediaan peranti.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version