Cipset 5nm, Kirin 9000 5G, cas pantas 66W! – HUAWEI Mate40 Pro 5G

Dalam video ini, kami membuka kotak sebuah telefon premium yang terbaru dari HUAWEI iaitu HUAWEI Mate40 Pro 5G. Mate40 Pro ni sememangnya adalah sebuah telefon yang dinanti-nantikan terutamanya oleh penggemar gajet. Mate40 Pro ini hadir dengan ciri-ciri istimewa yang pastinya akan menarik perhatian anda.

Telefon HUAWEI Mate40 Pro 5G ini tidak hadir dengan aplikasi Google sama seperti telefon lain HUAWEI yang telah dilancarkan pada tahun ini. Namun, ianya tidak menjadi halangan kerana HUAWEI sudah mempunyai alternatif yang baik kepada aplikasi Google tersebut.

Adakah telefon ini dapat menarik minat pengguna telefon jenama lain untuk berhijrah ke ekosistem HUAWEI? Tonton video ini untuk butiran yang lanjut mengenai Mate40 Pro.

Ikuti kami di YouTube TechNaveBM untuk video gajet hangat yang terkini.