Site icon TechNave BM

Cipset Exynos 1080 diumum: Cip 5nm pertama dari Samsung, bakal jana telefon vivo

Sebeleum ini, kami telah memaklumkan mengenai khabar angin dan laporan mengenai salah satu cip berproses 5nm dari Samsung. Kini, cipset Samsung Exynos 1080 telah diumum di China. Lebih menarik, Samsung turut mengesahkan bahawa vivo akan menjadi rakan kongsi strategik untuk menggunakan cipset ini.

Cip 5nm Exynos 1080 hadir dengan struktur pembinaan teras CPU terbaru dengan konsep teras 1 + 3 + 4. Antara salah satu teras adalah teras besar A78 2.8GHz untuk prestasi tertinggi, tiga teras A78 2.6GHz untuk kestabilan pemprosesan dan empat teras medium A55 2.0GHz untuk kepantasan. Cipset terkini ini turut dilengkapi sokongan dwi-mod 5G. Dilaporkan bahawa prestasi Single-core menaik sebanyak 50%, manakala Multi-core menaik dua kali ganda.

Untuk fotografi, ia menyokong sensor sehingga 200MP dan sehingga enam kamera. Turut hadir adalah kecerdasan buatan (AI) untuk signal pemprosesan imej (ISP) yang berprestasi dan sokongan warna rakaman 10-bit bersama keupayaan mengedit video HDR10+.

Exynos 1080 hadir dengan GPY Mali-G78 dari ARM untuk pemproses grafik. Prestasinya dikatakan meningkat sebanyak 2.3 kali ganda. Perkembangan eksklusif program distribusi kuasa Amigo memberi pengalaman gaming yang berprestasi.

Samsung mengesahkan bahawa vivo akan menggunakan cip ini untuk telefonnya. Berdasarkan khabar yang lalu, siri vivo X60 yang bakal hadir dengan janaan cipset ini.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version