More

    vivo X60 dan X60 Pro dijangka akan dilengkapi cipset Exynos 1080, mungkin berharga ~RM2,180

    Samsung bakal melancarkan cipset Exynos 1080 pada 12 November (hari ini) di China dan kini media melaporkan bahawa jenama telefon pertama yang akan dilengkapi cipset tersebut adalah vivo. Menurut sumber, dua telefon vivo mungkin akan dilengkapi cipset Exynos 1080 iaitu vivo X60 dan vivo X60 Pro.

    Harga telefon tersebut juga mungkin bermula dengan CN„3,500 (~RM2,180), meletakkannya setaraf dengan OPPO Reno5 Pro. Maklumat cipset ini adalah sesuatu yang boleh dijangkakan kerana sebelum ini, siri vivo X30 dilengkapi dengan cipset Exynos 980.

    Cipset Exynos 1080 yang dibuat dengan proses 5nm akan dilengkapi teras CPU Cortex-A78 dan GPU Mali G78. Ujian penanda aras awal mendapati ia mempunyai prestasi yang lebih pantas berbanding Snapdragon 865 Plus.

    Perlu diingat bahawa maklumat ini bukanlah maklumat rasmi daripada vivo. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo X60 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured