Site icon TechNave BM

Cipset Snapdragon 888 mungkin tidak akan dilengkapi dalam semua Black Shark 4

Siri telefon pintar gaming Black Shark 4 sebelum ini telah pun mendapat pengiktirafan TENAA di mana reka bentuknya telah ditunjukkan. Kini spesifikasi utama telefon tersebut telah dimaklumkan oleh pengkhabar berita terkenal di Weibo.

Menurut Digital Chat Station, beliau mendedahkan bahawa siri telefon itu akan terdapat dalam dua varian utama iaitu Black Shark 4 yang dilengkapi cipset Snapdragon 870 dan Black Shark 4 Pro yang dilengkapi cipset tercanggih Snapdragon 888.

Beliau menerangkan bahawa pada asalnya telefon dengan Snapdragon 888 akan dinamakan Black Shark 4 dan telefon Snapdragon 870 akan dinamakan Black Shark 4 Lite, namun syarikat itu memutuskan untuk mengubah nama kedua-dua varian.

Di samping itu, beliau turut memaklumkan saiz skrin untuk Black Shark 4 Pro iaitu skrin 1080p berukuran 6.67 inci, iaitu lebih kecil sedikit berbanding skrin Black Shark 3 Pro yang mempunyai skrin 7.1 inci. Pada masa ini, siri Black Shark 4 sudah pun disahkan akan dilengkapi pengecasan pantas 120W dan bateri 4,500mAh.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Black Shark 4 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version