Site icon TechNave BM

Circle to Search kini boleh menterjemah bahasa secara segera

Minggu lepas Google melancarkan Circle to Search untuk siri Pixel 6 dan Pixel 7. Dalam pengumuman yang sama juga, Google mendedahkan bahawa Circle to Search akan mendapat ciri terjemahan bahasa segera pada masa hadapan.

Kini, ciri tersebut sedang dilancarkan dan pengguna yang sudah mengemaskini aplikasi boleh melakukan terjemahan dalam talian dengan teks yang diterjemahkan menggantikan sepenuhnya teks asal seperti yang anda boleh lihat dalam video di bawah.

Anda hanya perlu mengaktifkan Bulatkan untuk Cari (Circle to Search) kemudian pilih pada ikon Terjemahan baharu yang dipaparkan di sebelah kanan bar Google dan semuanya akan diterjemahkan. Untuk menggunakannya dengan segera, anda mungkin perlu menggunakan aplikasi Google beta terkini untuk Android dan peranti yang menyokong ciri Circle to Search.

Jika anda telah melakukannya dan masih belum mendapat ciri terjemahan, ini mungkin disebabkan faktor pelancaran Google yang mengambil masa beberapa minggu untuk selesai. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version