More

    Fungsi Circle to Search with Google hanya akan ditawarkan dalam telefon Samsung dan Pixel

    Sewaktu Samsung melancarkan siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S24 pada bulan lalu, syarikat Korea Selatan itu mengumumkan fungsi carian baharu Circle To Search With Google yang dibuat dengan kerjasama enjin carian Google. Ia memudahkan pengguna untuk mencari maklumat tambahan mengenai sebarang objek yang dipaparkan pada skrin telefon dengan membuat satu bulatan di sekeliling objek tersebut.

    Sehari selepas Samsung mengumumkan Galaxy S24, Google memperkenalkan fungsi tersebut dalam siri telefon pintar Pixel 8 dan Pixel 8 Pro. Jika anda mengharapkan fungsi ini akan ditawarkan dalam lain-lain peranti Android pada masa hadapan, malangnya ia tidak akan ditawarkan dalam masa terdekat.

    Menurut kenyataan daripada Samsung Belanda, Circle to Search with Google adalah fungsi yang dikhaskan untuk peranti Google dan Samsung sahaja buat masa ini. Ia hanya akan ditawarkan kepada telefon-telefon Android selepas bulan September 2024.

    Setakat ini masih tidak pasti mengapa Google dan Samsung mengambil keputusan sedemikian, mungkin bagi meningkatkan daya tarikan untuk peranti-peranti Pixel 8 dan Galaxy S24.

    Jadi jika anda ingin gunakan fungsi Circle to Search dalam jenama-jenama telefon lain seperti OPPO, Xiaomi, realme atau HONOR, anda perlu tunggu beberapa bulan lagi untuk menggunakannya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Belanda

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured