Site icon TechNave BM

Coway raikan hampir dua dekad di Malaysia dengan Coway Innovation Fest di IOI City Mall

Sempena hampir 20 tahun bertapak di Malaysia, Coway menganjurkan Coway Innovation Fest (CIF) iaitu sebuah pameran interaktif mempamerkan teknologi rumah terkini dari 21 hingga 25 Mei di IOI City Mall, Putrajaya. CIF memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dan mencuba sendiri barisan produk Coway dalam kategori kesihatan dan kehidupan pintar termasuk penulen air, penyaman udara serta solusi penjagaan tidur dan dobi.

Antara tarikan utama pameran ini ialah pratonton eksklusif Coway BEREX Smart Mattress, tilam pintar yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tilam ini dilengkapi teknologi sensor pintar yang mengesan pergerakan dan posisi badan sepanjang malam dan menyesuaikan sokongan zon secara automatik bagi menyokong tulang belakang serta meningkatkan kualiti tidur.

Pengunjung berpeluang mencuba dan memahami cara tilam ini menyesuaikan diri dengan keperluan tidur individu. Selain itu, Coway turut memperkenalkan beberapa produk baharu:

Turut diumumkan di CIF ialah pembukaan kedai jenama pertama Coway di IOI City Mall, Putrajaya, yang membolehkan pelanggan melihat dan membeli pelbagai produk Coway di bawah satu bumbung. Bagi yang berkunjung ke IOI City Mall hujung minggu ini, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri inovasi terkini daripada Coway.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti yang ditawarkan oleh Coway dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version