More

    Coway raikan hampir dua dekad di Malaysia dengan Coway Innovation Fest di IOI City Mall

    Sempena hampir 20 tahun bertapak di Malaysia, Coway menganjurkan Coway Innovation Fest (CIF) iaitu sebuah pameran interaktif mempamerkan teknologi rumah terkini dari 21 hingga 25 Mei di IOI City Mall, Putrajaya. CIF memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dan mencuba sendiri barisan produk Coway dalam kategori kesihatan dan kehidupan pintar termasuk penulen air, penyaman udara serta solusi penjagaan tidur dan dobi.

    Antara tarikan utama pameran ini ialah pratonton eksklusif Coway BEREX Smart Mattress, tilam pintar yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Tilam ini dilengkapi teknologi sensor pintar yang mengesan pergerakan dan posisi badan sepanjang malam dan menyesuaikan sokongan zon secara automatik bagi menyokong tulang belakang serta meningkatkan kualiti tidur.

    Pengunjung berpeluang mencuba dan memahami cara tilam ini menyesuaikan diri dengan keperluan tidur individu. Selain itu, Coway turut memperkenalkan beberapa produk baharu:

    • Washer Dryer (2-dalam-1): Produk sulung Coway dalam kategori penjagaan dobi, dengan kapasiti cucian 10kg dan pengeringan 6kg. Ia menggunakan motor Direct Drive Inverter untuk operasi yang lebih senyap dan jimat tenaga.
    • Penyaman Udara Siri P: Menggunakan sistem penjagaan kebersihan 6 peringkat yang mampu menyingkirkan sehingga 99.99% pencemar udara. Turut dilengkapi aliran udara pelbagai arah, teknologi pembersihan kendiri dan penarafan tenaga 5-bintang.
    • Penulen Air Villaem III: Generasi baharu sistem penapisan air Coway dengan 48 tetapan boleh suai – termasuk 6 pilihan suhu dan 8 pilihan isipadu. Ia juga hadir dengan fungsi keselamatan seperti Dual Lock untuk kanak-kanak dan sistem pensterilan UV automatik setiap 12 jam.

    Turut diumumkan di CIF ialah pembukaan kedai jenama pertama Coway di IOI City Mall, Putrajaya, yang membolehkan pelanggan melihat dan membeli pelbagai produk Coway di bawah satu bumbung. Bagi yang berkunjung ke IOI City Mall hujung minggu ini, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri inovasi terkini daripada Coway.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti yang ditawarkan oleh Coway dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured