Hari ini, Curlec by Razorpay iaitu penyedia penyelesaian pembayaran mengumumkan bahawa mereka adalah sebahagian ahli Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). Oleh itu, Curlec boleh menggunakan rangkaian produk DuitNow untuk pelanggan mereka membuat dan menerima pembayaran masa nyata melalui akaun bank atau e-dompet.
Sebagai ahli PayNet, Curlec berupaya memanfaatkan hasil inovasi Kumpulan Razorpay dalam pembayaran masa nyata di India yang merupakan pasaran terbesar bagi pembayaran digital di dunia. Curlec yakin bahawa peranan teknologi ini akan terserlah dalam penerimagunaan pembayaran DuitNow di Malaysia.
Unified Payment Interface (UPI) telah pun memproses 74 bilion urus niaga pada tahun 2022 dan berkembang pesat pada kadar purata setinggi 380% semenjak penubuhannya pada tahun 2016. Zac Liew, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Curlec oleh Razorpay, Rahul Kothari, Ketua Pegawai Perniagaan Razorpay dan Gary Yeoh, Ketua Pegawai Komersial PayNet semuanya optimis tentang inisiatif ini untuk memacu penggunaan DuitNow di seluruh Malaysia.
Curlec dikawal oleh Bank Negara Malaysia dan juga dipercayai oleh lebih 1,000 perniagaan. Ini termasuk Tune Protect, CTOS, Mary Kay dan The National Kidney Foundation. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

