More

    Curlec by Razorpay kini ahli PayNet, benarkan transaksi melalui DuitNow

    Hari ini, Curlec by Razorpay iaitu penyedia penyelesaian pembayaran mengumumkan bahawa mereka adalah sebahagian ahli Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). Oleh itu, Curlec boleh menggunakan rangkaian produk DuitNow untuk pelanggan mereka membuat dan menerima pembayaran masa nyata melalui akaun bank atau e-dompet.

    Sebagai ahli PayNet, Curlec berupaya memanfaatkan hasil inovasi Kumpulan Razorpay dalam pembayaran masa nyata di India yang merupakan pasaran terbesar bagi pembayaran digital di dunia. Curlec yakin bahawa peranan teknologi ini akan terserlah dalam penerimagunaan pembayaran DuitNow di Malaysia.

    Unified Payment Interface (UPI) telah pun memproses 74 bilion urus niaga pada tahun 2022 dan berkembang pesat pada kadar purata setinggi 380% semenjak penubuhannya pada tahun 2016. Zac Liew, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Curlec oleh Razorpay, Rahul Kothari, Ketua Pegawai Perniagaan Razorpay dan Gary Yeoh, Ketua Pegawai Komersial PayNet semuanya optimis tentang inisiatif ini untuk memacu penggunaan DuitNow di seluruh Malaysia. 

    Curlec dikawal oleh Bank Negara Malaysia dan juga dipercayai oleh lebih 1,000 perniagaan. Ini termasuk Tune Protect, CTOS, Mary Kay dan The National Kidney Foundation. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured