Site icon TechNave BM

Dapatkan hadiah bernilai lebih RM1,000 apabila anda beli komputer riba Lenovo Legion

Bermula Sabtu, 1 Ogos sehingga Rabu, 30 September, pelanggan yang membeli komputer riba gaming Lenovo Legion 5i bakal membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM1,037.

Lenovo Legion 5i adalah komputer riba gaming terbaru daripada Lenovo yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih untuk prestasi gaming yang lebih lancar. Dengan setiap pembelian Legion 5i, pelanggan boleh membawa pulang:

Pelanggan hanya perlu melengkapkan sebuah borang dalam talian sebelum Rabu, 14 Oktober dan hadiah akan dihantar ke rumah pelanggan dalam tempoh enam hingga lapan minggu selepas borang tersebut disahkan. Layari laman Facebook rasmi Lenovo Malaysia untuk maklumat lanjut.

Adakah anda akan membeli komputer riba Legion 5i? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version