More

    PC ‘gaming’ Lenovo Legion dilengkapi teknologi baru untuk prestasi yang lebih dingin, jitu & tahan lama

    Setiap jenama perkakasan gaming nampaknya mempunyai cara mereka tersendiri untuk membangunkan produk-produk mereka. Untuk Lenovo, mereka memfokuskan pembangunan terhadap pelesapan haba, hayat bateri dan papan kekunci dalam komputer Legion mereka untuk prestasi gaming yang lebih mantap.

    Bermula 28 Mei 2020, PC dan komputer riba Legion akan menampilkan papan kekunci Lenovo Legion TrueStrike dan teknologi Coldfront 2.0, Lenovo Vantage serta Lenovo Q-Control 3.0.

    Papan kekunci yang lebih jitu sebagai ‘senjata’ yang lebih berkuasa

    Papan kekunci Lenovo Legion TrueStrike akan memberi pengalaman gaming dan menaip yang lebih responsif.

    Papan kekunci Lenovo Legion TrueStrike memperbaiki jarak key travel dan menampilkan permukaan kekunci yang melengkung bagi memudahkan pengguna untuk mengesan titik tengah setiap kekunci.

    Ini bukan sahaja meningkatkan prestasi untuk gaming, malah juga sewaktu menaip kerana papan kekunci ini adalah 100% anti-ghosting, di mana anda boleh menekan sebanyak mana kekunci pada masa yang sama dan papan kekunci masih mampu membacanya, dan waktu respons secepat sub-milisaat.

    Kebolehan ini memberikan tindak balas yang lebih pantas, klik yang lebih memuaskan dan key travel yang lebih bagus. Dalam sesi gaming, tentunya setiap tekanan kekunci dalam Lenovo Legion TrueStrike akan menghasilkan gerakan yang lebih jitu.

    ‘Panaskan’ hati musuh anda, bukan komputer

    Komputer riba Legion dilengkapi teknologi penyejukan yang diperbaharui bagi memastikan suhu komputer anda terkawal pada setiap masa.

    Lenovo memperkenalkan teknologi penyejukan yang baru, Lenovo Legion Coldfront 2.0, iaitu sebuah penyelesaian pengurusan haba menyeluruh yang merangkumi perkakasan dan perisian. Ia memperbaiki aliran udara dan memberikan suhu sistem yang lebih rendah menggunakan sinki haba (heatsink) yang diletakkan secara strategik untuk mengalihkan haba ke bahagian belakang komputer, jauh daripada motherboard dan pengguna.

    Model Legion yang lebih mahal juga akan dilengkapi sistem Vapour Chamber Cooling yang dilengkapi dua kipas polimer cecair-kristal untuk menyejukkan sistem. Selain itu, terdapat juga susunan sensor di pelbagai kedudukan (multipoint sensor array) yang direka untuk menyejukkan komponen-komponen utama.

    Panjangkan hayat bateri untuk pastikan kemenangan sehingga detik terakhir

    Anda boleh ubah penggunaan bateri komputer riba Legion bagi memanjangkan hayat bateri mengikut kesesuaian anda.

    Bateri komputer riba gaming sering menjadi titik kelemahan komputer tersebut, di mana ia akan kehabisan tenaga dengan cepat. Untuk menyelesaikan masalah ini, perisian Lenovo Vantage mempunyai beberapa mod yang membenarkan pengguna untuk mengubah profil tenaga komputer riba Legion dengan mudah. Contoh profil adalah Hybrid Mode yang mengurangkan fungsi GPU sewaktu pengguna tidak memainkan game.

    "
    "

    Selain itu, terdapat juga Advanced Optimus, sebuah teknologi yang dibuat hasil kerjasama dengan NVIDIA. Ia akan mengubah di antara unit GPU yang khas (discrete) atau disepadukan (integrated), bergantung kepada penggunaan. Ini bukan sahaja memanjangkan hayat bateri, tetapi juga membenarkan anda untuk memainkan game pada bila-bila masa tanpa perlu mematikan GPU khas sepenuhnya.

    Di samping itu, perisian Lenovo Q-Control 3.0 pula membolehkan pengguna untuk ubah antara profil senyap (Quiet), seimbang (Balanced) dan prestasi (Performance), masing-masing mempunyai tetapan voltan dan kelajuan kipasnya yang tersendiri. Apabila anda tidak bermain game, hidupkan profil senyap untuk kurangkan penggunaan tenaga sambil mengurangkan bunyi kipas.

    Daripada segi pengecasan pula, komputer riba Legion dilengkapi Rapid Charge Pro, teknologi pengecasan pantas yang boleh mengecas daripada 0% sehingga 50% dalam masa 30 minit. Terdapat juga sebuah fungsi digelar ‘battery sip’, di mana bateri akan mengawal pengeluaran tenaga dalam ‘jumlah-jumlah kecil’ untuk memanjangkan hayat bateri.

    Lenovo Legion 5i.
    Lenovo Legion 5Pi.

    Ini adalah antara ciri-ciri utama komputer riba Lenovo Legion yang akan datang tidak lama lagi. Daripada segi harga dan pembelian, Legion 5i dan Legion 5Pi akan boleh dipra-tempah pada 1 hingga 15 Jun 2020 di laman web ini atau kedai-kedai Lenovo Exclusive Stores (LES).

    Legion 5Pi boleh dipra-tempah pada harga RM6,199, di mana bayaran awal boleh dibuat melalui kad kredit (RM1,000) dan terdapat juga hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM5,436 (mungkin monitor gaming).

    Dengan CPU siri Intel Core H generasi ke-10 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 2060, Legion 5i adalah sebuah komputer riba gaming unggul yang datang dalam model 15 inci dan 17 inci serta dilengkapi teknologi-teknologi yang dihuraikan di atas.

    Beritahu kami di Facebook jika anda bercadang untuk membeli komputer riba Lenovo Legion ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured