Site icon TechNave BM

Dapatkan peranti Samsung Galaxy edisi Bora Purple pada harga promosi bermula RM499

Samsung Galaxy S22 adalah peranti yang dapat memberikan pengalaman dan kualiti imej yang baik pada waktu malam. Dengan sambungan yang lancar antara Galaxy S22, Watch5 dan juga Buds2 Pro, anda dapat menikmati muzik, video dan aplikasi dalam satu pengalaman yang mengasyikkan sambil mempamerkan personaliti Boraful anda.

Bagi mereka yang masih tidak tahu, anda boleh menyambungkan Galaxy S22 dengan Watch5 sambil merakam foto dari pergelangan tangan anda dengan mudah. Pengawal Kamera pada Watch5 boleh dipra-tonton, tangkap (snap) dan disemak dari jauh. 

Selain itu, dengan suis Auto pada Samsung Galaxy Buds2 Pro boleh disambungkan dengan lancar antara telefon, tab dan jam tangan Samsung Galaxy. Tidak perlu mengeluarkan telefon pintar untuk menjawab telefon tetapi hanya klik pada Galaxy Buds2 Pro dua kali.

Mulai sekarang hingga 30 September 2022, anda boleh dapatkan peranti-peranti ini pada harga promosi. Setiap pembelian Galaxy S22 256GB edisi Bora Purple, pelanggan layak menerima hadiah berikut bernilai RM1,116 di cawangan yang mengambil bahagian:

MODELRRP (RM)
Galaxy Buds2 (Mana-mana Warna)499
Silicone Cover with Strap169
Local Collab Strap (Inside Scoop) 79
Wireless Charger Duo369

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version