Site icon TechNave BM

Dapatkan siri Samsung Galaxy S21 5G dengan potongan harga RM500!

Bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2021, anda boleh membeli mana-mana varian dalam siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 5G dengan potongan harga sehingga RM500. Anda hanya perlu melawat laman web Samsung eStore atau hadirkan diri ke Samsung Experience Store dan mana-mana pengedar sah untuk dapatkan rebat tunai bernilai RM500 apabila anda membeli telefon Galaxy S21 5G.

Berikut adalah senarai harga untuk varian Galaxy S21 5G selepas ia menerima rebat RM500:

ModelHarga asalHarga promosi (selepas rebat RM500)
Galaxy S21 5G (8GB+128GB)RM3,499RM2,999
Galaxy S21 5G (8GB+256GB)RM3,699RM3,199
Galaxy S21+ 5G (8GB+256GB)RM4,299RM3,799
Galaxy S21 Ultra 5G (12GB+256GB)RM5,299RM4,799
Galaxy S21 Ultra 5G (16GB+512GB)RM5,899RM5,399

Samsung Galaxy S21 5G adalah antara siri telefon pintar terbaik pada tahun ini, jadi ini adalah peluang keemasan anda untuk memilikinya pada harga yang lebih rendah berbanding harga asal.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Galaxy S21 5G. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version