More

    Samsung Galaxy S21 dilancar: Dynamic AMOLED 120Hz, kamera 108MP, zum 100x bermula RM3,699

    Samsung hari ini telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru iaitu Samsung Galaxy S21 yang terdiri daripada Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Ketiga-tiga peranti ini menampilkan reka bentuk bonggol kamera yang lebih unik berbanding Galaxy S sebelum ini dan dilengkapi pemproses Exynos 2100 5nm terbaru yang menyokong rangkaian 5G.

    Galaxy S21 dan Galaxy S21+ menampilkan spesifikasi yang lebih kurang sama, kecuali pada saiz skrin Dynamic AMOLED 2x 120Hz di mana Galaxy S21 dilengkapi skrin 6.2 inci manakala Galaxy S21+ dilengkapi skrin 6.7 inci. Semua varian Galaxy S21 dibuat dengan Gorilla Glass Victus.

    Dari kiri: Galaxy S21 Ultra, Galaxy S21+, Galaxy S21

    Kedua-dua telefon dilengkapi spesifikasi kamera yang sama, lengkap dengan fungsi seperti rakaman 8K, penstabilan Super Steady 60fps, Director’s View untuk suntingan video yang menarik, fungsi Single Take yang memberi lebih banyak pilihan video yang disunting secara automatik, Space Zoom 30x yang diperbaharui serta Zoom Lock untuk penstabilan imej yang dibantu AI.

    Galaxy S21 Ultra pula merupakan varian yang tercanggih, dengan skrin Dynamic AMOLED 2x sebesar 6.8 inci yang boleh digunakan pada 120Hz dalam resolusi WQHD+ serta bilangan lensa yang lebih banyak berbanding dua varian Galaxy S21 lain. Skrinnya juga mempunyai keterangan maksimum 1,500 nits dan menyokong penggunaan S Pen.

    Di samping fungsi kamera dalam semua telefon Galaxy S21, kamera Galaxy S21 Ultra boleh mengambil gambar 108MP, format 12-bit HDR RAW, rakaman 4K dalam 60fps dalam semua lensa, serta Space Zoom sehingga 100x dengan dwi-lensa Dual Telezoom.

    Berikut ialah spesifikasi penuh untuk siri Galaxy S21:

    Samsung Galaxy S21

    • Skrin Dynamic AMOLED 2x Adaptive 48-120Hz berukuran 6.2 inci
    • Cipset Exynos 2100
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 12MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 64MP
    • Kamera swafoto 10MP
    • Bateri 4,000mAh
    • Pengecasan pantas Super Fast Charging, pengecasan wayarles Fast Wireless Charging 2.0, pengecasan berbalik Wireless PowerShare
    • Rating kalis air IP68
    • Pembesar suara stereo AKG
    • Pilihan warna Phantom Pink, Phantom Grey, Phantom White dan Phantom Black
    • Harga bermula RM3,699

    Samsung Galaxy S21+

    • Skrin Dynamic AMOLED 2x Adaptive 48-120Hz berukuran 6.7 inci
    • Cipset Exynos 2100
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 12MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 64MP
    • Kamera swafoto 10MP
    • Bateri 4,800mAh
    • Pengecasan pantas Super Fast Charging, pengecasan wayarles Fast Wireless Charging 2.0, pengecasan berbalik Wireless PowerShare
    • Rating kalis air IP68
    • Pembesar suara stereo AKG
    • Menyokong rangkaian jalur lebar ultra (UWB)
    • Pilihan warna Phantom Violet, Phantom Black dan Phantom Silver
    • Harga bermula RM4,299

    Samsung Galaxy S21 Ultra

    • Skrin Dynamic AMOLED 2x Adaptive 10-120Hz WQHD+ berukuran 6.8 inci
    • Cipset Exynos 2100
    • RAM 12GB atau 16GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 1 10MP + kamera telefoto 2 10MP
    • Kamera swafoto 40MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas Super Fast Charging, pengecasan wayarles Fast Wireless Charging 2.0, pengecasan berbalik Wireless PowerShare
    • Rating kalis air IP68
    • Pembesar suara stereo AKG
    • Menyokong UWB, penggunaan S-Pen, Wi-Fi 6E
    • Pilihan warna Phantom Black dan Phantom Silver
    • Harga bermula RM5,299

    Jika anda merancang untuk membuat pra-tempahan untuk mana-mana Galaxy S21, anda boleh gunakan kod khas untuk para pembaca TechNave di mana anda boleh mendapatkan fon telinga Samsung ANC Type-C (bernilai RM299) secara percuma. Kod tersebut adalah TNS21VIP dan hadiah ini hanya terhad kepada 280 pasang sahaja. Untuk pra-tempahan, boleh layari laman web Samsung Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli Samsung Galaxy S21 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...